Wednesday, August 6, 2008

18 Jun 2008 (Rabu)

Hampir sebulan setelah melewati cuti sekolah semester pertama, barulah peluang untuk mengambil foto ada. Namun agak mengecewakan kerana proses pembinaan telah jauh berubah dari entri yang terdahulu. Maka banyaklah 'scene' semasa yang telah gagal dirakam. Harapnya selepas ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.


Pada ketika ini cerucuk yang berlebihan telah dipotong mengikut keperluan.








Lubang telah dibuat pada setiap batang cerucuk untuk memudahkan proses memasukkan simen.






Tapak pembinaan kelihatan tanpa kehadiran pekerja.








Kelihatan dengan jelas bahagian konkrit yang akan mengukuhkan tapak bangunan.





Simen dituang pada setiap ruang yang telah disediakan. kren digunakan bagi proses menuang simen dan kelihatan kerja ini amat mudah.




Proses penyeliaan sedang dijalankan.

22 Mei 2008 (Khamis)

Hari ini tiba lagi puluhan batang cerucuk. Kerja pemunggahan hanya melibatkan sedikit pekerja namun semuanya telah dapat diselesaikan dengan cepat.





Kren yang tiba pada jam 8.00 pagi. Agak sukar bagi kren ini untuk masuk dan mengambil tempat yang sepatutnya.





Masih dalam proses menempatkan kren ditempat yang sepatutnya untuk memberi laluan kepada treler besar berisi cerucuk.








Kelihatan treler besar sedang bergerak masuk ke kawasan binaan.

Friday, May 16, 2008

16 Mei 2008 (Jumaat)

Hari ini kerja-kerja pembinaan disambung semula setelah beberapa hari tiada aktiviti dijalankan. Kelihatan jentera berat kerap keluar masuk dan jika sebelum ini, bongkah besar yang tertutup rapi ditengah kawasan binaan adalah agak misteri namun hari ini kerja memunggah dan memindah bongkah tersebut telah dijalankan.
Apabila kanvas dialihkan maka kelihatan bongkah batu besar yang disusun di atas para besi.



Jentera berat pertama yang tiba pada jam 8.50 pagi.








Para pekerja tiba ditapak pembinaan. Di dalam lori besar itu kelihatan tiang-tiang konkrit.







Kanvas penutup telah dibuka, kelihatan susunan bongkah batu besar yang disusun rapi.







Bongkah batu sedang dialihkan menggunakan kren.







Pada jam 12.20 tgh, kerja mengalihkan bongkah telah selesai dijalankan.







Monday, May 12, 2008

12 Mei 2008 (Isnin)

Setelah berehat agak lama sebaik kerja menanam cerucuk yang lepas, pagi ini sebaik tiba ke sekolah kelihatan bongkahan besar diletak di kawasan pembinaan. Yang peliknya bongkahan besar itu ditutup rapi dengan menggunakan kanvas. Memang kelihatan agak pelik keadaannya. Perasaan ingin tahu terasa bagai tidak dapat ditahan malangnya tiada siapa yang hendak ditanya kerana tidak kelihatan seorang pekerja pun di kawasan pembinaan.
Akhirnya saya mengambil keputusan bertanya kepada salah seorang guru lelaki tentang kewujudan bongkahan itu, maka jawapan yang saya dapat ialah .. bongkahan besar yang kelihatan sangat berat itu digunakan untuk menguji ketahanan tanah. Beban berat itu diguna untuk mengukur kekuatan tanah dan akan diletak untuk beberapa ketika sebelum hasil ujian dinilai.

Tuesday, May 6, 2008

6 Mei 2008

Bunyi bingit menguasai kawasan.
Hari ini kerja menanam cerucuk dimulakan seawal jam 7.40 pagi. Menjelang waktu persekolahan berakhir (2.10 ptg) ada 5 cerucuk yang telah siap ditanam. Bunyi bingit dentaman cerucuk jelas didengar diseluruh kawasan sekolah. Hanya sebuah kren pelantak cerucuk yang ada. Turut kelihatan pejabat sementara yang telah dialih lebih jauh bagi memudahkan kerja pembinaan dan laluan bagi kenderaan berat yang tiba silih berganti.
Nampaknya jika kerja semakin rancak maka setiap hari akan ada entri baru tentang perkembangan projek ini.




Gambar ini diambil pada jam 7.15 pagi. Belum kelihatan para pekerja dan yang pasti pejabat sementara telah dialihkan.







Kelihatan longgokan besi dan cerucuk konkrit yang akan ditanam.








Inilah kren pelantak yang akan digunakan untuk memasukkan cerucuk kebumi .












Gambar yang diambil jam 10.18 pagi menunjukkan cerucuk ketiga sedang dimasukkan.









Gambar yang diambil pada jam 3.10 petang menunjukkan cerucuk yang telah siap
ditanam.





Kelihatan cerucuk ditanam pada kedalaman yang berbeza.




Monday, May 5, 2008

16 April 2008

Pandangan satelit menunjukkan lokasi bangunan yang bakal dibina. Jelas kelihatan ketiga-tiga gelanggang permainan sedia ada. Kawasan telah dikepung seawal April 2008. Sebuah kontena bertindak sebagai pejabat site sementara telah diwujudkan. Longgokan besi telah mula dihantar. Sayangnya sewaktu kerja pemunggahan dijalankan kamera tertinggal dirumah.




Bermulanya disini


Cadangan asalnya hanyalah untuk membina laman khas bagi memaparkan perkembangan bangunan baru yang bakal dibina di SMKSMS hanya untuk memenuhi 'self-satisfaction' dan untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari sewaktu kursus. Malahan satu kebanggaan bagi diri saya jika saya dapat melengkapkan perjalanan sehingga terbinanya sebuah bangunan empat tingkat yang menjadi penantian kepada semua warganya. Yang pasti ia akan menuntut sebahagian masa dan tumpuan kerana jika saya terleka pasti ada saat-saat penting yang terlepas dari pandangan.
Bangunan yang bakal terbina ini akan mengorbankan tiga gelanggang permainan iaitu gelanggang tennis, gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola tampar. Idea ini terhasil dari menonton rancangan 'Mega Structures' di rangkaian National Geographic. Salah satu rancangan kegemaran anak sulung saya yang begitu asyik mengikuti perkembangan pelbagai binaan hebat buatan manusia di dunia ini.Keupayaan menghasilkan dokumentari hebat itu menjadi titik bermulanya projek ini. Saya berazam untuk merakam setiap detik dan perkembangan yang ada bermula dari zero. Alangkah ruginya jika setiap hari yang berlalu hanya disorot dengan pandangan kosong dan tiada usaha untuk merakam detik itu.
Yang pasti perjalanannya panjang dan akan memakan masa bertahun untuk dilengkapkan. Semoga usia dan jodoh perkhidmatan saya di SMK Sultan Mansor Shah akan panjang sehingga saya mampu menulis dan memasukkan rentetan peristiwa ini selengkapnya.
Semoga kita menghargai setiap detik waktu yang berlalu ...wassalam.